Thursday, December 3, 2009

Besut Terbaik UPSR 2009

. Thursday, December 3, 2009

Keputusan UPSR 2009 bagi Daerah Besut telah mencatat peningkatan peratus 5A seramai 714 orang (19.55%) dan minima C seramai 2647 orang (72.68%) berbanding dengan tahun lepas 2008.

Daerah Besut juga sekali lagi dinobatkan sebagai daerah terbaik di Terengganu dan Malaysia.

Diantara 10 sekolah terbaik 5A ialah SK Tengku Mahmud (79 org - 47.02%), SK Tengku Mahmud II (40 org - 39.60%), SK Kampung Raja (47 org - 33.57%), SK Kg. Nangka (15 org - 33.33%), SK Kg. Bharu (34 org - 28.81%), SK Permaisuri Nur Zahirah (21 org - 28.77%), SK Pdg Luas (27 org - 28.42%), SK Kuala Kubang (5 org - 27.78%) dan SK Pusat Jerteh (34 org - 27.42%).

Manakala bagi Minima C pula 10 sekolah terbaik ialah SK Tengku Mahmud (95.83%), SK Kuala Kubang (94.44%), SK Bukit Jerok (90.20%), SK Kg. Raja (89.29%), SK Tengku Mahmud II (87.13%), SK Amer (85.96%), SK Bukit Puteri (84.71%), SK Pusat Jerteh (83.06%), SK Anak Ikan (82.50%), dan SK Renek (81.97%).

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (Negeri) pula iaitu SRAB Maarif dan SRAB Ittifakiah mencatat lulus 100%.

 

Berita

Followers