Thursday, December 3, 2009

Besut Terbaik UPSR 2009

. Thursday, December 3, 2009

Keputusan UPSR 2009 bagi Daerah Besut telah mencatat peningkatan peratus 5A seramai 714 orang (19.55%) dan minima C seramai 2647 orang (72.68%) berbanding dengan tahun lepas 2008.

Daerah Besut juga sekali lagi dinobatkan sebagai daerah terbaik di Terengganu dan Malaysia.

Diantara 10 sekolah terbaik 5A ialah SK Tengku Mahmud (79 org - 47.02%), SK Tengku Mahmud II (40 org - 39.60%), SK Kampung Raja (47 org - 33.57%), SK Kg. Nangka (15 org - 33.33%), SK Kg. Bharu (34 org - 28.81%), SK Permaisuri Nur Zahirah (21 org - 28.77%), SK Pdg Luas (27 org - 28.42%), SK Kuala Kubang (5 org - 27.78%) dan SK Pusat Jerteh (34 org - 27.42%).

Manakala bagi Minima C pula 10 sekolah terbaik ialah SK Tengku Mahmud (95.83%), SK Kuala Kubang (94.44%), SK Bukit Jerok (90.20%), SK Kg. Raja (89.29%), SK Tengku Mahmud II (87.13%), SK Amer (85.96%), SK Bukit Puteri (84.71%), SK Pusat Jerteh (83.06%), SK Anak Ikan (82.50%), dan SK Renek (81.97%).

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (Negeri) pula iaitu SRAB Maarif dan SRAB Ittifakiah mencatat lulus 100%.

Read More »»

Sunday, September 27, 2009

Pendaftaran UPSR 2010 Online

. Sunday, September 27, 2009


Pendaftaran UPSR 2010 secara online akan berakhir pada 30 September 2009 ini, kepada mana-mana sekolah yang belum membuat pendaftaran, silalah berbuat tindakan segera untuk mengelak dari menghadapi kesulitan nanti.

Read More »»

Thursday, September 24, 2009

GB SK Kg Baharu Kembali Ke Rahmatullah.

. Thursday, September 24, 2009


ALFATIHAH.

Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan Hj Abd Hamid bin Abd Halim Hasni, Guru Besar SK Kg Baharu telah kembali kerahmatullah pada pagi semalam 21 Sept 2009 bersamaan 02 Syawal 1430H pada jam 06.30 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama dengan para solihin. Seluruh warga pendidik mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan di harapkan menerima ketentuan Ilahi dengan penuh sabar dan redha.

Amin.

Read More »»

Monday, September 7, 2009

Ujian UPSR 2009

. Monday, September 7, 2009

Hari ini, 8 September 2009 (selasa) bermulanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009. Ujian pertama yang dihadapi ialah Bahasa Melayu Pemahaman bermula pada jam 8:15 pagi, diikuti dengan ujian Bahasa Melayu Penulisan dan akhir sekali ujian Mathematics Kertas 2 pada pukul 11:45 pagi.

Ujian pada hari rabu pula (9 September 2009) ialah ujian Mathematics Kertas 1, diikuti dengan ujian Bahasa Cina Pemahaman (bagi SKJC) dan Bahasa Tamil Pemahaman (bagi SKJT). Kemudian akhir sekali ujian Bahasa Cina Penulisan dan Bahasa Tamil Penulisan.

Pada hari terakhir, ujian Science, Bahasa Inggeris Paper 1, Bahasa Inggeris Paper 2 dan Ujian Aptitud.

Seramai 3642 calon dari 52 buah sekolah daerah Besut akan menjalani UPSR.

Selamat menempuhi Ujian dan semoga berjaya.

Read More »»

Sunday, September 6, 2009

Calon UPSR 2009 Nahas Kemalangan Jalanraya

. Sunday, September 6, 2009



Seorang calon UPSR 2009 iaitu Kent Chia Han Ru dari SKJC Chung Hwa telah terbunuh bersama dengan ibunya dalam kemalangan jalanraya di Kampung Bukit Yong pada 11.00 malam 05 September 2009.
Kent Chia Han Ru tidak sempat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula Selasa ini.
Pihak PPD Besut melahirkan rasa sedih dan simpati pada keluarganya dengan apa yang telah berlaku.

Read More »»

Saturday, August 22, 2009

Pelajar Terbaik Daerah Besut Dalam Percubaan UPSR 2009

. Saturday, August 22, 2009

Pelajar terbaik daerah Besut dalam Ujian Percubaan UPSR 2009 disandang oleh
Siti Norsyafiqah Bt. Meli dari SK Kerandang dengan memperolehi jumlah markah 472.

Tahniah diucapkan, semoga pencapaian ini kekal dalam UPSR sebenar nanti.

Read More »»

Thursday, August 20, 2009

Keputusan Percubaan UPSR Daerah Besut 2009

. Thursday, August 20, 2009

Analisis Percubaan UPSR 2009

Bilangan mendapat 5A = 336 orang murid (9.22%)
Bilangan mendapat 4A 1B = 165 orang murid
Bilangan Minima C / LSMP = 1914 orang murid (52.5%)

Read More »»
 

Berita

Followers

Powered By Blogger