Keputusan UPSR 2009 bagi Daerah Besut telah mencatat peningkatan peratus 5A seramai 714 orang (19.55%) dan minima C seramai 2647 orang (72.68%) berbanding dengan tahun lepas 2008.
Daerah Besut juga sekali lagi dinobatkan sebagai daerah terbaik di Terengganu dan Malaysia.
Diantara 10 sekolah terbaik 5A ialah SK Tengku Mahmud (79 org - 47.02%), SK Tengku Mahmud II (40 org - 39.60%), SK Kampung Raja (47 org - 33.57%), SK Kg. Nangka (15 org - 33.33%), SK Kg. Bharu (34 org - 28.81%), SK Permaisuri Nur Zahirah (21 org - 28.77%), SK Pdg Luas (27 org - 28.42%), SK Kuala Kubang (5 org - 27.78%) dan SK Pusat Jerteh (34 org - 27.42%).
Manakala bagi Minima C pula 10 sekolah terbaik ialah SK Tengku Mahmud (95.83%), SK Kuala Kubang (94.44%), SK Bukit Jerok (90.20%), SK Kg. Raja (89.29%), SK Tengku Mahmud II (87.13%), SK Amer (85.96%), SK Bukit Puteri (84.71%), SK Pusat Jerteh (83.06%), SK Anak Ikan (82.50%), dan SK Renek (81.97%).
Sekolah Rendah Agama Bersepadu (Negeri) pula iaitu SRAB Maarif dan SRAB Ittifakiah mencatat lulus 100%.
Thursday, December 3, 2009
Besut Terbaik UPSR 2009
Sunday, September 27, 2009
Pendaftaran UPSR 2010 Online
Pendaftaran UPSR 2010 secara online akan berakhir pada 30 September 2009 ini, kepada mana-mana sekolah yang belum membuat pendaftaran, silalah berbuat tindakan segera untuk mengelak dari menghadapi kesulitan nanti.
Thursday, September 24, 2009
GB SK Kg Baharu Kembali Ke Rahmatullah.
ALFATIHAH.
Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan Hj Abd Hamid bin Abd Halim Hasni, Guru Besar SK Kg Baharu telah kembali kerahmatullah pada pagi semalam 21 Sept 2009 bersamaan 02 Syawal 1430H pada jam 06.30 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama dengan para solihin. Seluruh warga pendidik mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan di harapkan menerima ketentuan Ilahi dengan penuh sabar dan redha.
Amin.
Monday, September 7, 2009
Ujian UPSR 2009
Hari ini, 8 September 2009 (selasa) bermulanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009. Ujian pertama yang dihadapi ialah Bahasa Melayu Pemahaman bermula pada jam 8:15 pagi, diikuti dengan ujian Bahasa Melayu Penulisan dan akhir sekali ujian Mathematics Kertas 2 pada pukul 11:45 pagi.
Ujian pada hari rabu pula (9 September 2009) ialah ujian Mathematics Kertas 1, diikuti dengan ujian Bahasa Cina Pemahaman (bagi SKJC) dan Bahasa Tamil Pemahaman (bagi SKJT). Kemudian akhir sekali ujian Bahasa Cina Penulisan dan Bahasa Tamil Penulisan.
Pada hari terakhir, ujian Science, Bahasa Inggeris Paper 1, Bahasa Inggeris Paper 2 dan Ujian Aptitud.
Seramai 3642 calon dari 52 buah sekolah daerah Besut akan menjalani UPSR.
Selamat menempuhi Ujian dan semoga berjaya.
Sunday, September 6, 2009
Calon UPSR 2009 Nahas Kemalangan Jalanraya
Seorang calon UPSR 2009 iaitu Kent Chia Han Ru dari SKJC Chung Hwa telah terbunuh bersama dengan ibunya dalam kemalangan jalanraya di Kampung Bukit Yong pada 11.00 malam 05 September 2009.
Kent Chia Han Ru tidak sempat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula Selasa ini.
Pihak PPD Besut melahirkan rasa sedih dan simpati pada keluarganya dengan apa yang telah berlaku.
Saturday, August 22, 2009
Pelajar Terbaik Daerah Besut Dalam Percubaan UPSR 2009
Pelajar terbaik daerah Besut dalam Ujian Percubaan UPSR 2009 disandang oleh
Siti Norsyafiqah Bt. Meli dari SK Kerandang dengan memperolehi jumlah markah 472.
Tahniah diucapkan, semoga pencapaian ini kekal dalam UPSR sebenar nanti.
Thursday, August 20, 2009
Keputusan Percubaan UPSR Daerah Besut 2009
Analisis Percubaan UPSR 2009
Bilangan mendapat 5A = 336 orang murid (9.22%)
Bilangan mendapat 4A 1B = 165 orang murid
Bilangan Minima C / LSMP = 1914 orang murid (52.5%)
Pertukaran Ketua Pembantu Tadbir
Pn. Sabariah Mohamad, Ketua Pembantu Tabir PPD Besut telah bertukar ke SMK Kuala Besut. Beliau telah melaporkan diri pada 19 Ogos 2009. Selamat bertugas ditempat baru.
SSM Versi 4.0
PPD Besut telah mengadakan taklimat penggunaan SSM versi 4 di SK Permaisuri Nur Zahirah pada 20 Ogos 2009. Sebanyak 79 buah sekolah iaitu sekolah menengah dan rendah dipanggil untuk menerima smm versi 4.0 dan mendengar taklimat penggunaanya.
Setiap sekolah diminta menghantar GPK HEM dan Guru Data atau Penyelaras SMM untuk mengikuti taklimat ini.
Data SMM penting dalam kerana segala bantuan kepada pelajar menguna pakai data SMM. Diharapkan GPK HEM dan Guru Data atau Penyelaras dapat mengisi data murid dengan tepat dan berasaskan kepada borang SMM yang diisi oleh penjaga murid.
Sunday, August 9, 2009
Kem Akademi Elit UPSR 2009
PPD Besut dengan kerjasama JPNT telah mengadakan Kem Akademi Elit UPSR 2009. Seramai 350 murid-murid tahun 6 yang mengikut ranking OTI 2 telah terpilih untuk mengikut Kem ini.
Kem ini dibahagikan kepada 2 Fasa iaitu Fasa 1 di YT Mid Town Hotel, Kuala Terengganu yang melibatkan 150 murid manakala Fasa 2 di Anggulia Resort, Marang seramai 200 murid.
Kuala Lumpur |
Blog Team ePantau
Blog IT
Blog Sekolah D Besut
About Me
- Team ePPD Besut
- Info Semasa Pendidikan Yang Berlaku Di Daerah Besut