Pendaftaran UPSR 2010 secara online akan berakhir pada 30 September 2009 ini, kepada mana-mana sekolah yang belum membuat pendaftaran, silalah berbuat tindakan segera untuk mengelak dari menghadapi kesulitan nanti.
SchoolZone
Blog Archive
Sunday, September 27, 2009
Pendaftaran UPSR 2010 Online
Thursday, September 24, 2009
GB SK Kg Baharu Kembali Ke Rahmatullah.
ALFATIHAH.
Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan Hj Abd Hamid bin Abd Halim Hasni, Guru Besar SK Kg Baharu telah kembali kerahmatullah pada pagi semalam 21 Sept 2009 bersamaan 02 Syawal 1430H pada jam 06.30 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama dengan para solihin. Seluruh warga pendidik mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan di harapkan menerima ketentuan Ilahi dengan penuh sabar dan redha.
Amin.
Monday, September 7, 2009
Ujian UPSR 2009
Hari ini, 8 September 2009 (selasa) bermulanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009. Ujian pertama yang dihadapi ialah Bahasa Melayu Pemahaman bermula pada jam 8:15 pagi, diikuti dengan ujian Bahasa Melayu Penulisan dan akhir sekali ujian Mathematics Kertas 2 pada pukul 11:45 pagi.
Ujian pada hari rabu pula (9 September 2009) ialah ujian Mathematics Kertas 1, diikuti dengan ujian Bahasa Cina Pemahaman (bagi SKJC) dan Bahasa Tamil Pemahaman (bagi SKJT). Kemudian akhir sekali ujian Bahasa Cina Penulisan dan Bahasa Tamil Penulisan.
Pada hari terakhir, ujian Science, Bahasa Inggeris Paper 1, Bahasa Inggeris Paper 2 dan Ujian Aptitud.
Seramai 3642 calon dari 52 buah sekolah daerah Besut akan menjalani UPSR.
Selamat menempuhi Ujian dan semoga berjaya.
Sunday, September 6, 2009
Calon UPSR 2009 Nahas Kemalangan Jalanraya
Seorang calon UPSR 2009 iaitu Kent Chia Han Ru dari SKJC Chung Hwa telah terbunuh bersama dengan ibunya dalam kemalangan jalanraya di Kampung Bukit Yong pada 11.00 malam 05 September 2009.
Kent Chia Han Ru tidak sempat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula Selasa ini.
Pihak PPD Besut melahirkan rasa sedih dan simpati pada keluarganya dengan apa yang telah berlaku.
Kuala Lumpur |
Blog Team ePantau
Blog IT
Blog Sekolah D Besut
About Me
- Team ePPD Besut
- Info Semasa Pendidikan Yang Berlaku Di Daerah Besut